Assalamualaikum, Okeyy guys... (^_^)
Kali ini eika just nk share pendapat lah berdasarkan,
pembacaan eika and sumber-sumber sekeliling mengenai peluang melanjutkan pelajaran ni,
TINGKATAN 6
Tingkatan 6 ni hanya ditawarkan di sekolah tertentu dan tawaran akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Tempoh yang ditetapkan bagi Pelajar yang menduduki Tingkatan 6 ialah 2 tahun. Pelajar-pelajar ditingkatan 6 perlu menduduki satu peperiksaan besar yang lebih dikenali sebagai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Hampir 60% pelajar yang menduduki STPM dan melepasi Gred STPM menjejakkan kaki ke IPTA. Di IPTA, Pelajar STPM melanjutkan pelajaran dalam kelulusan IJAZAH. Sememangnya memasuki Tingkatan 6 bukan satu jalan yang mudah, Ianya sama seperti struggling untuk menduduki SPM.
MATRIKULASI/ASASI/FOUNDATION
Tempoh masa (bergantung kepada tawaran/pointer)
Selalunyalah kan, Tempoh dalam masa setahun atau satu tahun setengah.
Sama seperti di Tingkatan 6, Selepas tamat kursus dengan
"pointer yg selamat" anda mampu melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam kelulusan IJAZAH.
APA ITU APEX UNIVERSITI MALAYSIA??
Apex Universiti Malaysia adalah satu pengiktirafan keatas sesebuah Universiti tempatan diatas kuantiti dan kualiti kecemerlangan yang telah disumbangkan oleh sesebuah Universiti terbabit keperingkat antarabangsa. Antara Universiti tempatan yang diiktiraf sebagai APEX Universiti Malaysia ialah:
UKM-Universiti Kebangsaan Malaysia
USM-Universiti Sains Malaysia
IIUM-International Islamic Universiti Malaysia
UniTen-Universiti Tenaga Nasional
UTM-Universiti Teknologi Malaysia
UTP-Universiti Teknologi Petronas
USIM-Universiti Sains Islam Malaysia
UM-Universiti Malaya
UPM-Universiti Putra Malaysia
So itu jer lah sumber yang eika tahu lah, sekurang-kurangnya tak bosan sementara menunggu IPTA ni, Betul Tak..? Kalau nk thu lebih banyak info
Anda boleh "research" melalui Google.
Sekian,Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan