Assalamualaikum,
^_^
Senyuman Terukir,
Aku Manusia Yang Sentiasa Di Bawah
"Hari ini Aku Pasti Terjatuh, Tolong lah Ya Allah,
tolong lah Aku, Lupakan Segalanya,"
-eika azmi-
Nyawa Ku yang terbentuk adalah tersangat indah.
Manusia tak mampu berfikir sehingga tidak sampai ke hujung akal.
Hari ini, eika nak berkongsi pengalaman pahit eika,
eika sememangnya tak mahu mengenang kembali kenangan ni,
Selama eika berada di UiTM Melaka, eika terus ditanya kenapa eika terus makan ubat?
kenapa eika sakit? macam mana eika boleh dapat sakit ni?
Eika tak dapat nak jawab, cuz eika betul-II tak ingat masa tu..
Tapi selepas dicuba berkali-II untuk ingat, eika dah Kembali mengingati...
dan mungkin daripada kisah eika ni,
ada diantara korang yang diluar sana akan lebih kuat semangat.^_^
Pada Tahun 2010 eika diberi peluang menjadi pelajar tajaan.
eika ditaja selama dua tahun oleh sebuah organisasi untuk mempertingkatkan taraf pendidikan
eika sebagai persediaan Tingkatan 4 ke Tingkatan 5 seterusnya menghadapi peperiksaan SPM. Eika bertekad, untuk belajar bersungguh-sungguh, Pada masa yang sama eika mula menjalinkan hubungan dengan seorang insan yang tersangat istimewa bagi eika arwah 'Mohd Zairul Haiki Bin Zailan.' atau lebih senang eika memanggilnya 'Ekey'.....Mungkin semasa Di Tingkatan 4 eika, agak sedikit leka.. pergi belajar, tetapi eika tidak mengaplikasi apa yang eika belajar dengan lebih serius, dan cara yang betul. Jadi eika berusaha keras, alhamdulillah result ketika itu telah mencapai daripada 3A keatas.
Selepas itu, semuanya menjadi lebih bersemangat, Tahun Baru 2011,
Setiap rakan menanamkan Azam, kami berkerjasama.. eika masih ingat nama kawan-II baik eika, Anis, Ain, Fatin, dan selebihnya.. maaf eika masih terlupa.. sepanjang tahun itu kami belajar bersungguh-sungguh, menduduki setiap peperiksaan dengan serius, demi merebut peluang untuk ke IPTA. Fokus kami 100% kepada pelajaran. Hubungan eika bersama Ekey pula bagaikan biasa sahaja, buat seketika...Dia menghormati masa yang eika ada untuk fokus kepada pelajaran..
setiap hari dia tidak melupakan eika, setiap sms.. dan updates di Facebook sentiasa mengikuti perkembangan eika.. eika terasa terlalu bahagia bersama dia.
2012 Tiba...
Keputusan SPM yang keluar adalah cemerlang...
Tetapi masih kecewa kerana tidak dapat melepasi Target yang diharapkan,
kawan-II terus berkongsi keputusan, termasuklah eika. Dan salah seorang sahabat eika, sangat baik menolong eika.. kami bersama-II melakukan urusan utk melanjutkan pelajaran.. dalam masa yang sama kami masih menunggu keputusan UPU,.. tapi akhirnya, eika dapat tahu sahabat eika telah melanjutkan pelajaran nya ke instituisi pengajian swasta.. eika rasa rebah... eika bagai diketepikan? perasaan eika?
Ekey datang bagai selepas hujan, sms nya sampai mengucapkan kata-II yang sangat yakin...
Tapi itu semua tidak lama dari kekecewaan persahabatan yang pertama, datang pula kekecewaan eika
yang kedua.. bila diingatkan kembali, eika terasa teramat pilu..
18 orang telah dipilih oleh Organisasi yang eika ikuti itu utk melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Dan nama Eika terpilih, masa maklum balas yang diberi adalah 4 hari...
Ketika itu eika masih ingat, eika berada di Kampung Halaman Abah di Johor Bahru.
eika tidak dapat berkomunikasi dengan Internet sepanjang di Kampung..
Dan telah eika berikan kepercayaan kepada seorang Sahabat, yang juga telah mengenali eika semenjak
dibangku tadika...
Ya.. Allah sesungguh ketika aku bercerita lagi kisah ini, aku menangis...
Tolong bagitahu eika, jika ada maklumat mengenai eika terpilih oleh Organisasi itu, dan berpeluang utk melanjutkan pengajian ke IPTA,
ia dipanggil 'special line'..
Duhaii Sahabat...
Duhai Sahabat Ku, Kau Tidak Memberi Tahu Ku.
Dan Engkau, Terus Pergi Mengikuti 'Special Link' tu.
-kejam-
Kali ini, keputusan UPU keluar bagi intake pertama.
Aku
"GAGAL"
Tiada apa lagi aku tahu, selain pengkianatan persahabatan pertama, dan pengkiantan kepercayaan kedua.
Kali ini aku tersangat-II rebah... tiada rakan, dan aku gagal melanjutkan pelajaran.
aku terdiam.
tiada lagi panggilan telefon darimana rakan-II...
3 bulan, setiap hari, aku bagai menyakiti hati aku sendiri.. tetapi aku terus berdoa,
bersolat hajat dan doa itu sememangnya termakbul.
"Hari ini Aku Pasti Terjatuh, Tolong lah Ya Allah,
tolong lah Aku Lupakan Segalanya,"
Aku masih ingat, atas dasar nasihat arwah Ekey, dia minta aku untuk memohon sekali lagi ke IPTA,
kali ini untuk intake ke-DUA di UiTM. aku ikuti nasihat dia..
Tanggal 29 Ogos 2012,
arwah Ekey telah kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu berada di ICU.
semua berlaku kerana kemalangan jalanraya.. sebuah lori trelar membuat pusingan dikawasan yang salah.
arwah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala, jangkitan kuman pada selaput otak
dan kegagalan organ berfungsi.
ucapan takziah terus aku terima.
aku rasa kali ini sedih ini sudah tidak terbendung lagi, dah tiada makna....
2 Minggu selepas itu... Aku mendapat Tawaran Temuduga UiTM di Shah Alam.
Aku Sangat Gembira.
Kalau lah arwah Ekey tahu, dia lah mungkin orang yang paling gembira, ini harapan dia..
Tetapi Allah lebih menyayangi orang-II yang eika sayang.
Pada berberapa hari eika bersiap sedia untuk ke UiTM Shah Alam,
aku mendapat sebuah panggilan.
eika mendapat Kabar Berita, Arwah Pak Long eika meninggal dunia...
kali ini bagaikan betul-II rebah,
diantara, ingin pergi ke Shah Alam utk ditemuduga, mahupun pulang ke Kampung.
jika tidak pergi ke UiTM, inilah satu satunya peluang... jika tidak pulang ke Kampung hatiku pilu..
sudah menjadi berbelah bahagi...
Akhirnya, keesokkan paginya.. eika cuba sedaya upaya menghubungi pihak UiTM.
Alhamdulillah, eika dapat menukar tempat temuduga
di cawangan Kampus berdekatan Kampung eika.
eika pergi ke pusat temuduga, didalam keadaan yang tersangat pilu...
Menunggu.. terus menunggu.. dan akhirnya...
Alhamdulillah Ya Allah..
aku terpilih untuk menjadi mahasiswi disalah sebuah UiTM.
Kampus UiTM Melaka.
alangkah gembira, jika kau ada Ekey?
eika mengikuti prosedur utk mendaftar UiTM,
Seperti membuat pemeriksaan kesihatan.. malangnya, sekali lagi berita sedih yang mungkin pada diri eika..
Doktor mengesahkan, aku menghidapi hypertension...
akibat daripada tekanan yang eika lalui..
setiap hari, eika perlu mengambil ubat yang telah disediakan,..
Hari-hari yang aku lalui di UiTM Melaka, adalah lebih banyak kegembiraan dan kesabaran. Walaupun eika terpaksa bergelut untuk terus mendapatkan bekalan ubat dan berulang alik ke hospital..
Tiada luka aku disini, dan kenangan pahit eika terus lenyap..
sehingga suatu hari ingatan ku pulih semula daripada tekanan yang sgt kuat eika lalui..
kini eika mampu bercerita apa yang berlaku kepada eika yang sebenarnya.
Jadi Korang, ambil yang positif.. buang yang negatif...
kalau belum berputus asa, bersyukur.. kalau terjatuh.. jangan lupakan Allah S.W.T.
Terima Kasih Tak Terhingga.
Mak & Abah
Tengku Rosnani & Azmi
Mendewasakan Aku Sebagai Manusia.
Dedikasi Untuk;
Mohd Zairul Haiki Bin Zailan
Mohd Zairul Haiki Bin Zailan
-al-fatihah-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan