-->
welcome to kamar hati


Jumaat, 9 Mei 2014

pleasant me.

10. 5. 2014
"aku tak pernah rasa ada disitu, tapi.. disitu tempat berada hari yang paling gembira.. apalah bergenang air mata.. yang pasti aku akn hilangkn.."
-eikaazmi-

Pada suatu saat, aku lihat jarum pada jam sentiasa berlari.. Apakah yang sedang aku fikirkan..
Aku sudah tak rindukan orang yang paling aku sayang yang telah lama pergi, malah coretan permainan cinta kita Telah banyak terpadam dibawa pengalaman aku disini.. Darimana aku datang, aku bawa sekali kata-kata mu, jangan berputus asa atau lemah semangat disini,.. Tapi aku salah, setiap kali aku jatuh..

Aku ade perancangan untuk hari esok,..Mungkin aku takkan beritahu sesiapa.. tapi dalam senyum adakah derita tetap akan berahsia? Aku merancang supaya perjalanan ku dipermudahkan pada Semester Baru yang akan datang.. Aku tak perlu tunggu Ibu ku untuk selesaikan, kerana aku sudah menjadi wanita yang cukup dewasa untuk fikirkan jalan penyelesaian.. Apa itu, ia digelar sebagai penyakit, aku fikir aku tak layak untuk menerimanya.. tapi apakah kesan pada jangka panjang? Aku tak mahu fikir, aku nak kan penyelesaiannya. Yang aku tahu aku mahu terus hidup lama, dan merasai hari-II yang sgt gembira dengan sahabat-II ku dan keluarga... Tidak semua yang mampu menerima , termasuklah diri aku.. aku ketahui pada usia yg muda 18thun.. kini sudah mencecah 2tahun aku dan internal medicine tu.. Badan rasa lemah aku paksa, tapi tak semua juga yg faham.. Keluarga, Rakan, dan semua.. setiap kali aku rebah, aku terjaga kembali.. aku takut, aku tak mahu lagi mata tertutup, aku takut aku akan terus lena, aku tak mahu seperti itu.. Siapa yang tahu perasaan, akan tertinggal segala tanggungjawab didunia? Kadang-II aku protes kepada diri ku sendiri, aku tak mahu lagi makan ubat itu semua dan jaga kesihatan ku.. sebab.. aku mahu kuat, aku mahu aku yg dulu.. periang.. aku yang aktif... aku yang dulu pun sudah semakin hilang.

Aku berjalan seorang diri ditepi tasik UiTM disini, hari itu sudah berada dipertengahan cuti sem, tiada siapa dikampus, sungguh tenang dan mendamaikan... bunyi desiran air halus dan kicauan burung pulang ke singgahsana,.. Langit mencecah warna warni arora.. Sudah pula mahu masuk Magrib,... aku tak pernah rasa sesunyi ini..

Ada orang kata aku suka berjanji, ada orang kata aku tak tolong dia, ada orang kata dia terima kasih kpd aku, ada orang kata dia kecewa dengan aku, ada orang kata aku tak patut tolong orang, ada orang kata aku cuba baca fikiran orang, ada orang kata aku pentingkan diri sendiri, ada orang kata apa dia pedulikan aku, ada orang kata jangan percaya sesiapa, ada orang kata jangan tiru dia, ada orang kata kau boleh pergi jauh, ada orang kata dia tak suka kau...

Itu semua yang aku dengar... ada lagi yang mahu berkata??? Katakanlah!!!!!!! Kata sebanyak mana, aku takkan marah.. aku takkan maki pada kau.. aku takkan..
Air mata aku bukan tidak menitis, tapi aku memang tak pandai.. tak pandai sehingga orang ingin berkata yang mereka nak??? Adakah aku sedang cari pasal??? Tak,.. perasaan aku yg sering tak difikirkan.. Bestfriend... Best? Friend... aku tiada.


Siapa ^_^ akan tolong aku kumpul duit nanti???
Aku perlukan simpanan... Siapa tahu sekarang, esok lusa, setahun.. dua tahun lagi aku akan pakai.. aku akan susah..tak apa, aku sendiri akan berusah, aku akan terus berusaha..

Manusia akan terus pentingkan diri sendiri, termasuk aku.. aku takkan dedahkan ini.. Termasuklah kpd ibu dan bapa ku yang terlalu menaruh harapan kpd aku. Ya Allah Kau berikanlah kasih sayang Mu kepada kedua Ibu Bapa Ku, seperti mana mereka menyayangi ku semenjak aku kecil...Ya Allah kalau Kau dah tarik dia dari aku seperti dulu, kali ini nikmat yang Kau pinjamkan seketika kpd aku.. Kau lenyapkan lah pelahan-II.. tak terduga kesabaran ku... Yess, I'm on my way fight all this, maaf.. xde niat melukakan hati sesiapa disini.
Dicatat oleh Unknown di 10:57 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: pleasant me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
PhotobucketPhotobucket
22 || kuantan || ex'uitm melaka IDE AD 2012-2015

Lukisan KehidupanKu...

 Si Comel Yang Sedang Mengintai






Flashy Pink Star

Tinggalkan Jejak Disini ;)

Design Byeika azmi

kaki Blog.. >..<"

Photobucket
eika azmi design copyright reserved 2015. Dikuasakan oleh Blogger.